Kulasegaran
M. Kulasegaran. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pakatan Harapan (PH), M. Kulasegaran mendakwa lima atau enam lagi ahli Parlimen akan menyokong Presiden PKR untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PH kini mempunyai 105 sokongan ahli-ahli Parlimen.

“Saya percaya Datuk Seri Anwar ada majoriti tersebut. Sekarang dia sudah ada 105 sokongan ahli Parlimen, ia sah.

“Saya dengar lima atau enam lagi ahli Parlimen akan bersama-sama kita dan Pakatan Harapan akan dapat bentuk kerajaan tidak lama lagi,” katanya di Twitter.

Kulasegaran dalam video berdurasi 45 saat di Twitter itu mengulas mengenai peletakan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, kini tugas untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang baharu terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Yang di-Pertuan Agong harus melantik seorang Perdana Menteri baharu dan perlu lantik ahli Parlimen yang mempunyai majoriti di Dewan Rakyat,” katanya.

Teka-teki siapa yang mempunyai kerusi majoriti kian hangat diperkatakan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berusia 17 bulan tumbang.

Ia susulan Muhyiddin yang mempersembahkan surat perletakan jawatannya kepada Agong, hari ini.

Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenaan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker sehingga perdana menteri yang baharu dilantik. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ayoyo… Ini macam ke punya orang pun ada. Menteri perpaduan tapi sebenarnya menteri perpecahan!!! Poodah!!!

  2. INI ORANG KULA LAGI TAK BOLEH PAKAI.. MENTERI PALING CIKAI YANG PERNAH ADA DIMALAYSIA..

Comments are closed.