Jair Bolsonaro foto Agensi

BRASILIA – Rancangan untuk memindahkan kedutaan Brazil ke Baitulmaqdis akan menjejaskan hubungan negara ini dengan negara-negara Teluk.

Surat itu didakwa dihantar oleh Liga Arab, lapor Reuters.

Cadangan memindahkan kedutaan oleh Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang dilantik sejak 1 Januari tahun ini merupakan satu keputusan ketara dalam polisi asing yang selama ini  menyokong usaha pendamaian Israel-Palestin.

Duta-duta dari negara Aran dijangka bertemu di Brasilia pada hari Selasa bagi membincangkan rancangan Bolsonaro yang mahu memindahkan kedutaannya seperti Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat adalah negara pertama yang memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Surat kepada Bolsonaro daripada Setiausaha Agong Liga Arab, Ahmed Abdoul Gheit kepada Menteri Luar Brazil berkata,
keputusan untuk menempatkan kedutaan adalah keputusan daulat mana-mana negara.

“Tetapi dalam situasi Israel perkara itu bukan normal, memandangkan Israel telah mengambil wilayah Palestin dengan cara paksaan,” menurut surat berkenaan.

Kata Aboul Gheit, memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis akan dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Persatu.

Langkah kedutaan itu telah dipuji sebagai “bersejarah” oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang merancang untuk menghadiri upacara majlis pelantikan Presiden Bolsonaro.

“Dunia Arab sangat menghormati Brazil dan kami mahu mengekalkan hubungan tetapi memperbaiki dan mempelbagaikannya. Tetapi niat untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis boleh membahayakan mereka,” kata diplomat yang enggan namanya disiarkan.

Brazil adalah salah satu negara pengeksport daging halal terunggul di dunia dan perdagangan itu boleh menjadi masalah jika Bolsonaro menyerang negara-negara Arab dengan memindahkan kedutaan itu.

Itu boleh menjejaskan eksport ke pasaran utama Timur Tengah untuk pengeluar daging dan ayam. Daging halal dibekalkan dan disediakan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang Islam. – MalaysiaGazette