Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

KUALA LUMPUR – Peguam Azhar Azizan @ Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun dilanti sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah.

Pelantikan beliau selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ismail Bakar, pelantikan tersebut adalah sejajar dengan Klausa 3, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Azhar mempunyai kelayakan dan pengalaman luas dan saya yakin beliau mampu menjalankan tugas serta tanggung jawab sebagai Pengerusi SPR mengikut perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Art Harun yang aktif di media sosial selain sering menjadi penulis jemputan di beberapa media dilahirkan di Kedah.

Beliau yang berusia 56 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan (Kepujian) dari Universiti Malaya serta Sarjana Muda Undang-Undang (dengan merit) dari king’s College, University of London.

Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam pda 1987 di Allen & Gledhill dan kini bertugas di Messrs Azhar & Goh. – MalaysiaGazette