Mohamad Azlan hadir majlis berbuka puasa dan sumbangan bersama warga Masjid Al Iman dan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Haron 2.

KUALA LUMPUR – Jutawan hartanah, Datuk Mohamad Azlan Al Amin memberi sumbangan kepada golongan asnaf fakir miskin dan pelajar sekolah sempena bulan Ramadan ini di sekitar Shah Alam dan Besut, Terengganu.

Lebih 100 pelajar mendapat sumbangan  barangan makanan, duit raya serta pakaian.

Mohamad Azlan sentiasa melakukan kerja-kerja berkisarkan kebajikan terutamanya ketika musim Ramadan bagi memastikan golongan memerlukan sentiasa mendapat perhatian.

“Alhamdulillah Allah telah memberikan kita rezeki, kesihatan dan nikmat yang baik tetapi ianya tidak sama dengan golongan asnaf dan anak yatim yang tidak mempunyai mak ayah atau keluarga. Suasana raya mereka tidak sama.

“Kerana itu juga kita juga di Hajiland Berhad mengambil inisiatif memberi kepentingan kepada golongan ini. Kita adakan majlis berbuka puasa dengan serah sumbangan,” katanya.

Kali ini bantuan diberi kepada pelajar anak yatim dan anak-anak asnaf yatim di Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 di Petaling Jaya. 

“Kita berikan barangan makanan dan juga sumbangan wang ringgit. Jumlahnya saya tidak mahu sebut cukuplah setakat sumbangan,” katanya.

Kata Mohamad Azlan, pihaknya juga sempat bercakap dengan pihak sekolah dan penjaga pelajar untuk sumbangan bantuan seterusnya kelak.

“Kita biasa lakukan CSR dari masa ke semasa, ini merupakan inisiatif yang bagus juga kerana kita dapat kenal pasti golongan memerlukan yang kita boleh bantu pada masa-masa hadapan terutamanya perkara memerlukan khasnya berkaitan pendidikan.

“Bantuan seperti ini akan terus berjalan, kita akan berusaha. Segala nikmat melalui urusan niaga hartanah dan bisnes lain yang menguntungkan ini pasti kita pulang kembali melalui sumbangan dan derma, itu yang sebaiknya,” ujarnya. -MalaysiaGazette