Foto Instagram Elly Mazlein.
Foto Instagram Elly Mazlein.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Elly Mazlein meminta bekas suaminya, Azmi Hatta menyediakan wang perbelanjaan untuk persiapan hari raya anak mereka.

Menerusi laman Instagramnya, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naik status pertanyaan yang ditujukan kepada pengarah drama itu.

“Azmi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi.

“Takkan persiapan raya pun tak nak bagi,” kata Elly.

Pengacara Mentor Otai itu memberitahu, suami kepada aktres Faye Kusairi itu kini memiliki syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka.

Pelantun lagu Sabarlah Hati itu turut menasihati Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

“Dah buka production house, mewah sekarang tapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan.

“Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” tulisnya lagi.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016.

Elly mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Pada 21 Mei lalu, Elly meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka.

Dia turut mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai. – MalaysiaGazette