Azwan Ali dijangka menentang abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Azwan Ali dijangka menentang abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini dikejutkan dengan kehadiran selebriti kontroversi, Azwan Ali yang  beria-ria benar mahu ‘menjatuhkan’ abang kandungnya,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azwan ketika ditemui pemberita, mendedahkan sikap dan layanan Azmin terhadap beliau yang juga merupakan penyokong kuat abangnya itu.

Namun, setelah kehilangan banyak peluang pekerjaan dalam industri hiburan, sokongan tersebut bertukar menjadi dendam ekoran sikap Azmin yang didakwanya lebih mementingkan kumpulan pengikutnya yang korup, katanya.

“Lima tahun lepas, apa jenis abang, kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis, aku hilang job, RTM sekat aku. Saya berdiri di belakang Azmin Ali di Sungai Pusu, saya sebak sebab saya ingat sejarah tu, kerana gamabr sekeping, saya hilang segala pekerjaan.

“Tapi apabila dia menang besar PRU, kamu boleh tanya beberapa saksi, selepas dapat keputusan dia menang besar, sehingga hari ini saya tak dapat satu pun SMS dari Azmin Ali.

“Itulah perangai busuk Azmin Ali, dia tidak pandai menghargai pengorbanan orang. Dia menghargai orang-orang yang songlap. Saya yang berkorban untuk dia, dia tak hargai, apa jenis abang macam tu, perlukah saya terus sokong dia. Dia paling bangkai,” katanya sebak.

Dalam pertemuan dengan pihak media itu juga, Azwan turut melancarkan hashtag #JahanamAzminAli sebagai kempen menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu- MalaysiaGazette