Home Nasional ‘Balik, balik’ jerit mangsa banjir kepada Azmin

‘Balik, balik’ jerit mangsa banjir kepada Azmin

KUALA LUMPUR – Lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sekitar kawasan banjir di Padang Jawa telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk sekitar.

Insiden tersebut berlaku semasa Azmin ingin meninggalkan Padang Jawa selepas  membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Menerusi Faceebook beliau, Azmin berkongsi misi bantuan membersihkan rumah kakitangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan agensi-agensinya.

“Hidup rakyat, rakyat bantu rakyat,” kata suara lelaki dalam video berkenaan.

“Balik, balik,” teriak seorang lagi lelaki dalam video berdurasi 17 saat itu.

Bagaimanapun, Azmin ketika memandu keretanya sempat mengangkat tangan dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dibantu  kerana sudi menerima bantuan daripada misi tersebut.

Video berdurasi tujuh saat itu dimuatnaik pengguna media sosial Ritz Farish di Facebooknya, jam 7 malam tadi.

Awal hari ini, Azmin menerusi hantaran di Facebook berkata: “Kita berusaha membantu sehabis mampu agar mereka tidak merasa keseorangan menghadapi ujian ini. Hari ini, saya bersama Ministry of International Trade and Industry, Malaysia dan agensi serta sokongan daripada Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) turun padang membantu mangsa banjir di Kg Padang Jawa, Shah Alam.

“Dalam situasi bencana, kita semua adalah sama, tanpa mengenal pangkat atau kedudukan. Susah senang kita perlu pikul dan kongsi bersama,” tulis Azmin. – MalaysiaGazette