Jawatankuasa Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 JUN 2018.
Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB. Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan ringkas, Zeti berkata bahawa beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zeti perlu segera jawab dakwaan – Anwar

Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan menganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini. Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat.”

— BERNAMA

6 Komen

  1. Biasa la. Pak berahim tgh promosi parti dia. Lantang bersuara wlpun benda belum tentu sahih.

  2. Tak cukup dengan nafi saja. sangkal lah bukti yang dikemukakan… kalau takut ganggu kes mahkamah kunun sebab berpotensi dipanggil jadi saksi, senang aja… suruh suami n anak2 yg sangkal… diorang pemilik berdaftar syarikat tu

  3. Nampak sngat Muhyidin, AG, KPN & SPRM dah jd bisu…rakyat tak percaya mrk ni lg..kenapa tak serbu rumah si Zeti ni? Dgn skandal mcm ni pun Muhyidin masih kekalkan dlm PNB…

Comments are closed.