Yingluck Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand.

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dipercayai berada di luar negara bagi mengelak dari mendengar keputusan perbicaraan berhubung skim subsidi beras.

Menurut BBC News, sumber yang boleh dipercayai memberitahu Yingluck membuat keputusan untuk meninggalkan Bangkok.

Dia gagal menghadiri Mahkamah Agong di Bangkok hari ini bagi mendengar keputusan kes yang disabitkan terhadap beliau.

Mahkamah mengarahkan waran tangkap dikeluarkan kepadanya dan merampas jaminan yang diberikan.

Peguam Yingluck memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Namun mahkamah menolak alasan tersebut dan menangguhkan keputusan pada 27 September depan.

Sumber turut memberitahu, Reuters Yingluck sememangnya meninggalkan Thailand namun tidak memberitahu ke mana dia pergi.

Dalam perbicaraan yang sama, bekas menteri di Thailand yang didakwa atas pertuduhan yang sama dijatuhkan hukuman penjara 42 tahun.

Boonsong Teriyapirom didapati bersalah kerana kesalahan rundingan beras antara Thailand dan China.- MalaysiaGazette