Noor Azri Noor Azerai

KUALA LUMPUR – Dua ahli lembaga pengarah Caely Holdinga Bhd (Caely), pengeluar pakaian dalam wanita terkemuka, mengumumkan meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam.

Dua ahli lembagai pengarah itu ialah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan, Noor Azri Noor Azerai

Mazlan mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah kerana mengalu-alukan beliau dan memberi peluang untuk berkhidmat kepada syarikat.

“Saya berbesar hati dapat menerajui lembaga pengarah dan bekerja di samping rakan pengarah saya. Saya mendoakan yang terbaik kepada Kumpulan dalam usaha masa depan mereka.” katanya di sini hari ini.

Dipercayai perletakan jawatan kedua-dua ahli lembaga pengarah itu ada kaitan dengan arahan pembekuan akaun syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Manakala Azri berkata, beliau menyertai lembaga pengarah Caely dengan niat untuk membantu dalam pengembangan perniagaan sedia ada Kumpulan dengan memberikan perspektif serta dan membantu mencari peluang melalui rangkaian beliau.

“Isu baru-baru ini yang timbul mungkin telah menjejaskan keupayaan saya untuk membantu syarikat dan saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada syarikat dalam usaha mereka pada masa hadapan. – MalaysiaGazette