KUALA LUMPUR – Sifat penyayangnya kepada haiwan terbiar kadangkala melebihi dirinya sendiri.

Bagi Anfalazie Anuar dia sanggup berbelanja kira-kira RM400 bagi memberi makan kucing dan anjing terbiar setiap hari walaupun kos itu separuh daripada gajinya.

Malah lelaki itu sanggup melakukan dua kerja dan berhutang semata-mata mahu membeli makanan untuk kucing dan anjing di tepi-tepi jalan.

Sifatnya lelaki 30 tahun itu tular di media sosial baru-baru nampaknya menyentuh hati banyak pihak dan baru-baru ini Anfalazie atau dikenali Ann mendapat ‘hadiah’ yang tidak disangka-sangka daripada Modenas.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan sendiri membuat kejutan berjumpa dengannya dan memberinya sebuah motosikal kepadanya.

Menerusi satu rakaman, Ann dilihat terkejut dan terpinga-pinga seolah tidak percaya dengan pemberian motosikal itu sebagai pengganti motosikal lamanya yang kini rosak.

Berdasarkan audio, sejak kisahnya tular tempohari, ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum tampil untuk membantunya.

motor2

“Syukur, ramai yang tampil membantu. Apa yang saya paling gembira buat masa ini, saya dah langsai hutang-hutang beli makanan kucing dan anjing berjumlah lebih RM1,000.

“Kalau dulu, saya selalu pening kepala fikir macam mana nak uruskan upah dan gaji yang saya terima dengan perbelanjaan peribadi dengan nak beli makanan haiwan-haiwan tu lagi.

“Sekarang saya dah tak berhutang, syukur. Ada baki untuk beli makanan lagi, boleh tampung sementara saya bayar guna upah dan gaji saya sendiri,” ujar Ann dengan nada ceria,” ujarnya.

Apa yang terjadi kepada Ann adalah satu rahmat dan rezeki dari tuhan di bulan Ramadan kerana sifat keperibadiannya yang penyayang kepada makhluk tuhan. – MalaysiaGazette