SINGAPURA – Pasaran minyak dunia melonjak ke paras tertinggi pada akhir 2014 – menjelang keputusan sama ada Amerika Syarikat akan mengekalkan perjanjian 2015 atau mengenakan sekatan semula terhadap Tehran.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$74.94 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) AS$69.79 setong.

Kenaikan harga itu selepas WTI merekodkan paras tertinggi sejak November 2014.

“Harga minyak mentah semakin tinggi kerana kebimbangan terhadap keputusan Amerika Syarikat terhadap perjanjian nuklear Iran, mendorong sentimen pelabur,” kata bank ANZ.

Manakala Ketua Strategi Pasaran Broker Axi Trader percaya, Presiden Donald Trump tidak memihak kepada perjanjian tersebut dan yakin akan mengenakan sekatan semula terhadap Tehran.

Iran muncul semula sebagai pengeksport minyak utama pada 2016 selepas sekatan antarabangsa terhadapnya ditarik balik. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menyatakan keraguan terhadap keikhlasan Iran dalam melaksanakan kekangan tersebut.

Malah, Trump telah mengancam untuk menarik balik perjanjian itu dengan tidak melanjutkan pelepasan sekatan yang berakhir pada 12 Mei ini.

Jika ia berlaku, maka pasaran minyak akan mengalami pengurangan dari eksport Iran. – MalaysiaGazette