BK
Brett Kavanaugh

WASHINGTON –Bett Kavanaugh disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat selepas mendapat 50-48 undi oleh Senat.

Pelantikan beliau sebagai sembilan ahli Mahkamah Tinggi merupakan legasi abadi Presiden Donald Trump kerana Hakim Mahkamah Tinggi merupakan pangkat seumur hidup melainkan seseorang itu meletakkan jawatan, bersara, dibuang atau meninggal.

“White House mengalu-alukan keputusan Senat untuk mengesahkan pelantikan Hakim Brett Kavanaugh ke Mahkamah Tinggi.

“Pencalonan beliau dibuat oleh Presiden Donald Trump.

“Presiden akan menandatangani surat pelantikan dan beliau akan mengangkat sumpah tidak lama lagi,” kata jurucakap White House, Raj Shah.

Ia merupakan kejayaan bagi kumpulan Konservatif, yang mana sebahagiannya telah membelanjakan jutaan dolar untuk menyokong Kavanaugh dan mempertahankan beliau yang dituduh melakukan serangan seksual semasa di sekolah menengah.-MalaysiaGazette