Logo PBB

Oleh: Dr Mohd Ramlan Mohd Arshad

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan melalui Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Piagam itu ditandatangani pada 26 Jun 1945 oleh wakil daripada 50 buah negara termasuklah Poland yang meratifikasi Piagam dan Statut tersebut pada 15 Oktober 1945. Terdapat 51 Ahli Negara Pengasas pada tahun 1945. Negara pengasas PBB adalah negara-negara yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam Persidangan San Francisco 1945 di mana Piagam PBB dan Statut ICJ telah diterima pakai. Penyertaan ditentukan kerana negara-negara pengasas ini telah menandatangani atau mematuhi Deklarasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1942) atau seperti yang diluluskan semasa persidangan.

Selaras dengan Perkara 110, Piagam ini mula berkuat kuasa pada 24 Oktober 1945, selepas pengesahan lima anggota tetap Majlis Keselamatan dan majoriti negara lain. Dua puluh dua negara kemudiannya mendepositkan instrumen ratifikasi mereka. Corak ratifikasi oleh negara keanggotaan ialah permulaannya, lima ahli tetap, kemudian negara lain yang meratifikasi pada 24 Oktober, dan kemudian negara-negara lain. Majoriti negara di dunia ini ialah ahli kepada PBB termasuklah Malaysia yang mendepositkan retifikasi keahlian pada 17 September 1957. Semenjak 1945, PBB dilihat sebagai institusi ‘inter-government’ tunggal, namun pada 16 Jun 2009, bertempat di Yekaterinburg, Russia, BRICS telah ditubuhkan dengan peranan yang sama seperti PBB.

Kekuatan Sumber BRICS
BRICS ialah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu. Pada asalnya organisasi ini ditubuhkan untuk menyerlahkan peluang pelaburan, namun berkembang menjadi blok geopolitik yang padu, dengan kerajaan mereka bermesyuarat setiap tahun di sidang kemuncak rasmi dan menyelaraskan dasar pelbagai hala sejak 2009. Hubungan dua hala dalam kalangan BRICS dijalankan terutamanya atas dasar tanpa campur tangan, kesaksamaan , dan manfaat bersama. Negara pengasas iaitu Brazil, Rusia, India, dan China mengadakan sidang kemuncak pertama di Yekaterinburg pada 2009, dengan Afrika Selatan menyertai blok itu setahun kemudian. Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu menyertai BRICS pada 1 Januari 2024.

Jika digabungkan, ahli BRICS merangkumi kira-kira 30% daripada permukaan tanah dunia dan 45% daripada populasi global. Brazil, Rusia, India dan China adalah antara 10 negara terbesar di dunia mengikut populasi, kawasan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal dengan purata kuasa beli yang tinggi. Kesemua lima negara anggota awal adalah ahli G20, jika digabungan KDNK nominal ialah sebanyak AS$28 trilion (kira-kira 27% daripada keluaran kasar dunia), jumlah KDNK sekitar AS$57 trilion (33% daripada KDNK global) , dan anggaran gabungan rizab asing AS$4.5 trilion pada tahun 2018.

Negara-negara BRICS dianggap sebagai saingan geopolitik terulung kepada blok G7 bagi ekonomi maju terkemuka, melaksanakan inisiatif bersaing seperti Bank Pembangunan Baru, Pengaturan Rizab Kontinjen BRICS, gaji BRICS, Penerbitan Statistik Bersama BRICS dan mata wang rizab BRICS. Dengan kedudukan strategik, kedudukan pelaburan, kebolehan ekonomi, maka BRICS berpotensi sebagai institusi yang mampu menggantikan fungsi-fungsi PBB di peringkat global dan regional.

Kekuatan Ketenteraan BRICS
PBB mempunyai koalisi ketenteraan dikenali sebagai NATO. Bagi NATO, ia jauh lebih kecil dari segi populasi sekitar 800 juta orang, tetapi negara China dan India, menurut PBB, akan menjadi negara yang kuat dalam tempoh 40 tahun manakala Nigeria akan mengambil alih Amerika Syarikat dari segi jumlah penduduk. Dari segi populasi, NATO jika dibandingan dengan lima negara BRICS boleh membentuk sekitar 42.58% daripada populasi dunia, atau 3 bilion orang. Mengenai bilangan orang, BRICS boleh menjadi lebih seperti dinding batu yang membayangi pagar NATO. Tiada kemungkinan NATO boleh memecah tembok populasi ini.

Dari segi kekuatan ketenteraan, ramai pengkaji menyatakan bahawa NATO adalah yang paling berkuasa kebanyakannya kerana AS membelanjakan banyak dana untuk pertahanan. NATO pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah perbelanjaan pertahanan untuk semua ahlinya pada 2017 adalah hampir $946 bilion. Jumlah ini ibarat lagi dengan bumi di antara NATO dan BRICS. BRICS, secara keseluruhan, mempunyai belanjawan pertahanan sebanyak $286.4 bilion.

Adalah sukar untuk menyenaraikan kekuatan ketenteraan setiap negara BRICS tetapi rahsia yang diketahui ramai bahawa Russia sangat kuat dalam pertahanan. Ini dibuktikan melalui Perang Ukraine-Russia, US dan NATO hanya mampu menghalang kemaraan Russia tetapi tidak mampu menakluk semula. BRICS juga ada sokongan India dan China yang kedua-duanya meningkatkan kekuatan ketenteraan mereka dengan pantas. Walau bagaimanapun, USA tidak akan berhenti berbelanja, manakala UK, Perancis, Jerman, Itali, dan Turki juga mempunyai tentera yang kuat.

Bagi kekuatan nuklear, teknologi pemusnahan massa ini dikongsi kekuatan antara Rusia dan USA. Pertempuran nuklear di antara dua negara ini akan memberikan hasil yang mungkin akan menjadi penghujung hayat kita semua di dunia ini dan meneruskan kehidupan di alam barzakh. Akhirnya, adakah BRICS akan mengambil alih PBB dari segi kuasa kolektif, atau adakah ia masih kekurangan kemajuan tertentu?

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
UiTM Negeri Sembilan dan Felo Bersekutu di Institut Penyelidikan Indonesia,
Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia.