Foto Sporting News.

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag pelik kerana pemain tengahnya, Casemiro telah memiliki dua kad merah dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Padahal, katanya, pemain antarabangsa Brazil telah bermain lebih 500 perlawanan di Eropah dan tidak pernah mendapat kad merah.

“Kehilangannya tidak menjadi masalah kerana kami akan menghadapi situasi itu secara jujur serta perlawanan ini jelas dipengaruhi oleh pengadil.
“Saya fikir itu agak jelas di mana United seharusnya mendapat penalti dalam salah satu situasi di mana terdapat potensi terkena tangan dalam kotak penalti Southampton.
“Ini sudah jelas dan tidak ada keraguan. Saya tidak tahu mengapa VAR tidak memutuskan untuk bertindak,” katanya.
United seri 0-0 menentang Southampton pada perlawanan pagi tadi di mana Casemiro diarahkan keluar padang pada minit ke-34 dalam aksi s di Old Trafford itu selepas mengasari pemain lawan, Carlos Alcaraz.
Pegawai VAR, Andre Marriner meminta pengadil perlawanan, Anthony Taylor untuk melihat semula kekasaran pemain Brazil itu yang pada awalnya hanya dilayangkan kad kuning.

Selepas melihat ulang tayang VAR pada monitor di tepi padang, Taylor mengubah keputusannya dengan melayangkan kad merah kepada Casemiro.

Selepas bangkit daripada kekalahan 7-0 di Liverpool hujung minggu lalu dengan menewaskan Real Betis dalam saingan Liga Europa pada Khamis lalu, United terpaksa bekerja keras bagi mengelak kekalahan di tangan pasukan tercorot, Southampton. – Agensi