Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George.
Dr Jacob George.

KUALA LUMPUR – Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menetapkan rakyat di negara ini tidak boleh keluar melangkaui jarak perjalanan 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, perintah itu mendapat bantahan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) dan menerima respon pengguna yang begitu kecewa dengan peraturan baharu.

Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George mendakwa telefonnya tidak henti menerima pelbagai aduan serta luahan hati masyarakat rata-ratanya pengguna yang tidak berpuas hati dengan undang-undang baharu PKP itu.

“Sungguh mengecewakan, tahu kenapa? Kerana selama PKP dikuatkuasakan, rata-rata hampir kesemua rakyat sebenarnya sedaya upaya serta menyokong penuh arahan serta garis panduan oleh kerajaan demi kebaikan semua.

“Sememangnya wabak Covid-19 ini sangat membimbangkan, pastinya rakyat juga bimbang kerana mereka juga mempunyai keluarga dan yang tersayang untuk dilindungi sepanjang masa apatah lagi penyakit ini bukan sahaja tiada vaksin malah membawa maut.

“Tetapi mengapakah keputusan ini seolah-olah dibuat dengan ‘terburu-buru’ tanpa sebarang perbincangan dengan persatuan pengguna mahupun masyarakat setempat? Apakah nasib pengguna yang mahu membeli barangan keperluan jika tempatnya lebih daripada 10km?

“Saya sedang bercakap tentang barangan harian serta keperluan seperti ubat-ubatan, makanan atau barangan lain, bukan suka-suka keluar membeli belah dan sebagainya. Bagaimana seandainya tempat itu jauh dan lebih 10 km?

“Patutnya ada lebih banyak perbincangan dan dengarnya ada banyak kekeliruan dalam perkara ini hanya 24 jam sebelum itu, kita dengar serta debat tentang bazar Ramadan. Sehari kita cakap tentang ini, kemudian selepas itu ada pula gazet 10 km ini tanpa sebarang perbicangan mahupun ambil kira pandangan pihak berkepentingan.

“Apakah ini benar-benar akan membantu rakyat dan bukannya menyusahkan mereka? Jangan lupa juga, rata-rata rakyat yang juga golongan pengguna ini sedang melalui satu fasa yang sangat sukar ketika ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Jacob lagi, keputusan untuk mengenakan perintah radius 10 kilometer itu sebenarnya akan menyukarkan pelbagai perkara selepas ini.

“Ingin saya ingatkan, tidak semua pasar raya, kedai runcit mahupun kedai mempunyai semua barangan keperluan yang diinginkan, banyak tempat sudah kehabisan bekalan, rakyat Malaysia yang sedang melalui PKP ini bukan satu jumlah yang kecil.

“Jika barangan keperluan yang dicari itu tiada dan terpaksa meredah ke tempat lain yang jauhnya lebih dari 10 km, apakah nasib mereka? Barangan keperluan termasuklah makanan asas, tisu tandas, ubat dan macam-macam lagi yang sememangnya keperluan. Jika pengguna itu ada masalah kesihatan bagaimana?

“Berapa banyak dokumen kena mereka bawa ke hulu ke hilir? Hakikatnya bukan niat untuk merendahkan inisiatif kerajaan yang cuba membanteras Covid-19 tetapi ada perkara yang perlu pandangan segelintir pihak, duduklah semeja bincang dahulu kaedah terbaik.

“Sampai bila rakyat boleh tahan semua ini? Jika yang sakit dan perlu ke lokasi jauh dari Selangor, apa jadi pada mereka? Jika janji temu dengan doktor mereka itu jauh. Adakah akan di suruh patah balik?” soalnya.

“Seandainya tiba-tiba anda mengenakan PKPD di kawasan tertentu yang pastinya perintah berkurung terus, apa akan berlaku kepada mereka jika barangan keperluan itu tiada? Benar kerajaan tolong, tapi tidak semua barangan itu akan diberikan.

“Kerana itu saya cakap adalah lebih baik juga duduk berbincang dengan pihak berwajib seperti persatuan pengguna seperti kami, sekurang-kurangnya kami juga boleh beri pandangan kemudian kita boleh sama-sama memberi pemahamaan kepada pengguna,” ujarnya.

Kata Jacob lagi, terlalu banyak arahan dan perkara yang sedang diberitahu kepada umum sehingga masing-masing keliru dan tergangu pada masa sama.

“Malah dalam isu 10km, seandainya sesiapa melanggar perintah digazetkan itu akan di hukum penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM1,000. Tidakkah ini satu tindakan ‘kuku besi’ apatah lagi ini bukan masanya.

“Semua orang dalam kesusahan yang sungguh teruk, adakah kamu tambah beban itu lagi? Ramai sudah hilang kerja, ramai lagi akan kehilangan kerja. Ramai tiada makanan, pekerja asing yang dapat gaji harian sudah berhari-hari tidak makan.

“Apakah ini satu tindakan yang patut dan bertimbang rasa sebenarnya? Fikirlah sendiri.

“Negara kini dalam satu perintah duduk dalam rumah, sudah masuk lebih dua minggu dan akan bersambung lagi, ramai di luar dalam keadaan sungguh membimbangkan dan menyedihkan sebenarnya.

“Kerana itulah saya kata sepatutnya sebelum buat keputusan panggilan semua pihak berwajib, duduk bincang baik buruknya, jangan main buat keputusan antara kamu sahaja.

“Ingat, ini bukan sahaja isu Covid-19 sebaliknya akan timbul isu-isu serta permasalahan lain pula kelak kerana keputusan-keputusan mendadak seperti ini,” tegasnya.

Menurut satu warta kerajaan yang dikeluarkan semalam, individu yang keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian, makanan atau mahu mendapatkan rawatan di klinik, dihadkan perjalanan kepada tidak lebih 10 kilometer dari kediaman masing-masing. kilometer.- MalaysiaGazette

 

9 Komen

  1. Cuba senarai apa barang yg perlu jarak lebih 10km tu, nanti boleh lah bawa gi mesyuarat nak bagi lepas ke tak ke camne.

  2. Apa makna klu pergi lebih jauh dari had yg di benarkan klu balik kau bawa kerona bersama…pssti nya kerjaan buat yg teabaik untuk rakyat.penduduk yg jauh di lrndalaman pun x merungut kenapa kau yg di bandar pula yg keluh kesah..dlm keadaan begini x payaah lah byak menyusah banyak kan lah membantu.

  3. Duduk di bandar perlu ke prgi kedai yg jauh lbh 10km..x munasabah..benggong jacob nih..

  4. Tujuan memendekkan jarak km itu adalah supaya tidak ramai org bercampur gaul dlm satu tempat. Jacob ni hanya suka complaint tanpa beri bukti dan alasan yg jelas. Kata2 yg dia luah tu hanya utk complaint semata2. Biasa nya org yg melawan dn menghina polis yg kena denda 1000 tu. Yg lain cuma suruh patah balek shj. Rakyat sekarang terpaksa berkorban keselesaan utk mendapatkan barang2 yg lebih baik di tempat jauh. Cari tempat yg dekat walaupun barang2 itu kurang memuaskan hati, kerana kesehatan diri dan org ramai lebih penting dari keselesaan diri. Rakyat sekarang dlm keadaan survival. We have to make do with whatever we have near us (x dapat rotan, akar pun berguna juga) even though it’s low quality, yg penting adalah kesehatan lebih dari segala2 nya sekarang sebab tiada ubat.

  5. Itu org tak pernah beli brg² dapor…duduk d kg pon ada 4….5 buah kedai rucit…..kalau d bandar bersepah lah….kalau kau org banyak duit suroh je hantar….kan ada pengatar

  6. Ini lah sikap rakyat yg x faham bahasa… Kalau rasa nak sgt kena virus tu…. Sila lah keluar beramai2… Nak tunggu dah merebak seluruh negara sehingga para doktor dan kerajaan dah tidak boleh buat ape2 baru nak salahkan kerajaan tidak ambil tindakan dar awal lagi.. Mcm tu ke… Itu la sikap sebenar rakyat.. Bila kerajaan bagi imbuhan ambil dgn senyuman.. Bile kerajaan perketat arahan.. Merungut x habis2.. Dah kena virus salah kan kerajaan.

  7. Apa yg kau merepek ni Jacob. Pakai tittle Dr tak otak singkat.
    Nak cari barang apa sampai 10km tak jumpa kedai runcit
    Kalau nak bebas berjalan waktu wabak sebegini pergi sahaja ke Italy kau boleh berjalan jauh selama2nya.

Comments are closed.