Gambar hiasan

SANTIAGO – Gempa bumi menggegarkan bangunan dan kediaman penduduk di ibu kota Chile.

Walau bagaimanapun tidak ada laporan awal kerosakan atau kecederaan.

Gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda 36 kilometer (22 batu) di timur laut bandar itu pada 3.15 pagi (0715 GMT), menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean.

Perkhidmatan kecemasan Chile Onemi berkata, tiada laporan kerosakan kepada perkhidmatan atau infrastruktur.

Tentera laut Chile pula berkata, gempa itu tidak menghasilkan keadaan yang boleh menyebabkan tsunami.

Saksi-saksi memberitahu, gegaran kuat dirasai di ibu negara itu.

Chile, yang terletak di salah satu garisan “Ring of Fire”, mempunyai sejarah gempa bumi dengan kekuatan 9.5 pada tahun 1960. – MalaysiaGazette