Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah menculik seorang kana-kanak di mahkamah Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU –  Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini dan mengaku tidak bersalah  atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak pada 12 Disember lalu.

Ketiga-tiga nereka membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan pertuduhan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majisteret, R. Salini.

Mengikut kertas pertuduhan, seorang remaja berusia 18 tahun bersama dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun didakwa secara bersama menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Serampang di sini lebih kurang pukul 5.15 petang pada 12 Disember lalu.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun beserta denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd Luthfi Ismail manakala ketiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun dua tertuduh remaja bawah umur perlu diikat jamin oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

Tarikh 23 Januari 2024 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan sosial dan laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua minggu lalu, tular di media sosial mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik.

Motiff penculikan disyaki bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000. – MalaysiaGazette