Muhammad Al-Tuwaijri

RIYADH – Arab Saudi berjaya mengurangkan defisit kewangannya kepada lebih separuh pada suku pertama tahun 2017 hasil daripada perbelanjaan kerajaannya yang berhemah.

Timbalan Menteri Ekonominya, Muhammad Al-Tuwaijri berkata, defisit pada suku pertama adalah AS26 bilion berbanding jangkaan awal iaitu sebanyak SR54 billion.

Defisit Arab Saudi menyusut kepada SR297 bilion pada tahun 2016, turutn daripada SR367 bilion pada tahun 2015.

Semasa pelan bajetnya, Riyadh berkata, defisit negara tersebut akan terus menyusut kepada SR198 bilion disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi serta perolehan-perolehan bukan minyak yang lain.

Gabenor bank pusat negara itu berkata, rizab mata wang asing berada di paras yang baik dengan mewakili 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar manakala defisit perdagangan pula dijangka meerosot disebabkan pengurangan import.-MalaysiaGazette