Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ara Damansara Medical Centre (ADMC) akan mengadakan program derma darah bagi menyokong Pusat Darah Negara yang perlu menambah bekalan darah yang merosot disebabkan pelaksanaan fasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Penderma boleh datang ke lobi hospital pada 14 Julai 2020 antara jam 9 pagi hingga 3 petang.

ADMC menasihatkan penderma supaya mendapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada malam sebelumnya, mempunyai berat badan lebih dari 45kg, berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.

Menurutnya, ADMC akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan standard keselamatan
terbaik dipatuhi semasa program derma darah ini dijalankan di premisnya.

Para penderma diwajibkan untuk memakai penutup hidung dan mulut serta menjalani pemeriksaan am Covid-19 di pintu masuk hospital. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 7839 9210 atau layari www.aradamansaramedicalcentre.com atau lawati laman Facebook @aradamansaramedicalcentre dan Instagram @aradamansara_medicalcentre. – MalaysiaGazette