Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menangguhkan perjanjian untuk membeli empat lebuh raya – setahun lebih sejak ia diumumkan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac 2019.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penangguhan ini adalah kali ketiga berdasarkan notis pemberitahuan oleh Gamuda Berhad kepada Bursa Malaysia pada 19 Disember lalu.

Menurut notis berkenaan, Gamuda memaklumkan bahawa MoF Inc dan empat syarikat konsesi bersetuju melanjutkan tarikh memuktamad perjanjian dari 31 Disember 2019 kepada 28 Februari 2020.

Penangguhan itu tidak membabitkan terma-terma yang dipersetujui dalam syarat perjanjian sebelum ini.

Najib menempelak kerajaan kerana sebelum ini berjanji untuk menghapuskan tol pada bulan Jun dan kemudian ditangguhkan kepada bulan Disember.

Artikel berkaitan:MoF Inc mahu ambil 4 lebuh raya milik Gamuda pada harga RM6.2b

Tiada paksaan ke atas Gamuda – Lim Guan Eng

Gamuda pastikan pengambilalihan selari penilaian pasaran

Pengambilalihan konsesi Gamuda bergantung kepada kewangan negara – Azmin

“Sekarang, bulan Disember dah nak tamat.

“Berita mengenai tol percuma tengah malam pun tiada lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Jika semua lancar, pengambilalihan empat tol pada 31 Disember ini

 

 

1 Komen

  1. TOL bukan semu rakyat Malaysia guna.. Peratus guna tiap hari amat rendah. Kebanyakan jarang2 guna lebuhraya dan ada yang tak guna dalam masa setahun.
    Tak mahu kerajaan mansuhkan TOL dengan membeli guna duit negara.
    Mesti ada TOL untuk penyelangaran berkualiti. Penggurangan kadar TOL kerajaan cari jalan lain.

Comments are closed.