Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Afif Bahardin (kanan) bercakap kepada media selepas Majlis Penutup Malaysia International Vape Summit (MIVAS 2018) di PWTC, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2018.
Afif Bahardin

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang meletakkan jawatan, Dr Afif Bahardin kini dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perlantikan itu dimuatnaik ke bahagian kakitangan laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

https://www.miti.gov.my/index.php/edirectory/staff/774

Bagaimanapun, tarikh berkuatkuasa lantikan rasmi Dr Afif itu tidak dinyatakan.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan pengesahan mengenai lantikan itu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu sebelum ini meletak jawatan sebagai Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 4 Mac lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, selepas satu pertemuan dengan Dr Afif.

Peletakan jawatan  berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Afif adalah antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.