Setiausaha Agung Armada Malaiu Malaysia, Nazri Che Arr (tengah) bercakap kepada wartawan selepas membuat 2 laporan polis berkaitan penghinaan terhadap institusi beraja dan surat sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. foto ISKANDAR HAMIDI, 20 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa membuat ekstradisi ke atas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor dipercayai melarikan diri ke luar negara selepas mengeluarkan kenyataan didakwa menghina Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Agung Armada Malayu Malaysia, Nazri Che Arr menegaskan, pihak polis perlu menyiasat keberadaan ADUN daripada DAP itu kerana melalui Facebook miliknya dipercayai berada di negara jiran.

“Kami merasakan sebahagian kenyataannya menghina institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.

“Sekiranya suspek berada di luar negara mohon pihak PDRM ambil tindakan mengekstradisi suspek,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai merujuk kepada hantaran terbaru ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Thian Khiew di Facebook miliknya Sabtu lalu.

Antara kandungan hantaran Facebook milik Ronnie Liu yang kini berada di Bangkok, mereka mengatakan tidak kepada raja, sambil memuat naik tiga foto dipercayai demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Thailand.

Selain itu, sekiranya usaha ekstradisi itu gagal dilakukan, NGO ini mendesak Parlimen untuk meminda undang-undang berkenaan perlucutan kewarganegaraan terhadap mana-mana individu yang menghina Raja-Raja Melayu.

“Sekiranya tindakan ini tidak berjaya, kami menyeru Dewan Rakyat meminda dan menggubal akta bagi membolehkan perlucutan kerakyatan ke atas individu yang sengaja membuat provokasi.

“Tindakan sama perlu diambil ke atas mereka berlindung di luar negara dan tidak mahu memberi kerjasama untuk membela diri atas tuduhan yang dihadapi,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak polis menyiasat penularan video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan seorang lelaki India mengeluarkan kenyataan menghasut orang ramai menjatuhkan institusi DiRaja.

Antara kenyataan itu ialah terbang semua topi Raja-Raja Melayu kita, tak perlu kita ada Raja-Raja lagi, kasi buat 100 peratus negara demokrasi, tak perlu Raja-Raja kita.

Turut dinyatakan tehadap institusi DiRaja ialah ‘makan gaji macam tak ada kerja, cukai rakyat juga dan keistimewaan semua kasi batal, memang fedup laa dengan Malaysia ini, tolong berubah laa.

“Laporan kami meminta pihak polis membuat siasatan di atas motif tersebut di mana kami merasakan ini adalah unsur hasutan kepada Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia

“Kami membuat laporan polis ini demi menjaga kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Ia juga menghindarkan mana-mana pihak khususnya ahli politik daripada menggunakan pengaruh mereka untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. bukan dia kah yang memberi ucapan di perhimpunan memperingati perlektakkan senjata komunis di kajang tempoh hari..

  2. Pendatang tiada hak warganegara tempatan tetapi ada hak warganegara dengan negara asal.
    Tengok negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini the Dominican Republic ratifikasi ICERD sambil enggan ikhtiraf pendatang tinggal lama sehungga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menjamin hak keistimewaan. pribumi mereka. Insaflah tanah Melayu kini merosot ke 12%.

  3. Dah lama berlembut dgn puak2 yang tak sedar dek Untung. Duk Malaysia habis semua tanah orang melayu diambilnya. Nak tunggu lama mana lagi tak tau la. Sepatutnya kerajaan dah lama gubal undang2 baru agar keutamaan bumiputera dipelihara. Tapi malangnya smpi hari ni bangsa melayu,ugama dan Raja2 diperlekeh. Entahlah. Dimana silapnya dan smpi BILA?

  4. kenapa tak batalkan saja dap. sepatutnya tak perlu kerajaan bertindak . parti dia sendiri ambil tindakan .

Comments are closed.