Ursula von der Leyen

KUALA LUMPUR – Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen mengalu-alukan pembukaan pintu sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Katanya, ia adalah langkah pertama yang penting yang akan dapat mengurangkan penderitaan orang yang tidak bersalah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat yang menjayakan ini,” katanya dalam kenyataan.

Media melaporkan 20 lori membawa masuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Hari ini genap dua minggu keganasan berlaku di Palestin selepas Hamas menyerang secara mengejut negara Israel bagi membalas pembunuhan yang dilakukan oleh regim Zionis itu.

Israel kemudian melancarkan serangan dengan menjatuhkan lebih 6,000 bom yang menyebabkan kemusnahan besar dan kematian lebih 4,000 rakyat Palastin.- Agensi