Ketua Pengarah Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein) Azmi Zainal.
Ketua Pengarah Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein) Azmi Zainal.

KUALA LUMPUR – The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein), pengeluar jenama nama susu segar tempatan, Farm Fresh menyasar menjadi pengeluar susu segar terbesar di Asia Tenggara dalam masa terdekat ini.

Ketua Pengarah Operasi, Holstein, Azmi Zainal berkata, sasaran itu mampu menjadi realiti apabila pihaknya kini telah mengeksport rangkaian produknya ke Singapura.

“Pada masa sama, Farm Fresh ketika ini boleh diperolehi di semua pasara raya di negara ini, 22 stokis di seluruh negara serta mempunyai 314 pengedar sah di seluruh negara.

“Kami mengeluarkan 35,000 liter susu segar sehari dan kami memproses 12.7 liter setahun. Setakat ini, negara memerlukan 30 juta liter susu segar,” katanya.

Azmi berkata, Farm Fresh juga mencatatkan jualan yang memberangsangkan iaitu RM120 juta pada 2017 dan menyasarkan peningkatan 20 peratus pada tahun ini.

Farm Fresh juga merupakan penaja utama Program Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik 2018 anjuran bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilancarkan bulan lalu.
Farm Fresh juga merupakan penaja utama Program Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik 2018 anjuran bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilancarkan bulan lalu.

Jelas beliau, prestasi membangga itu didorong oleh permintaan tinggi terhadap susu segar terutamanya dalam kalangan pelanggan baharu.

“Saya berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai berikutan strategi pemasaran dan inisiatif pengedar sah yang telah menyumbang 20 peratus kepada jualan syarikat,” katanya.

Azmi menambah, Farm Fresh menjangkakan, permintaan rangkaian produknya akan meningkat pada Ramadan nanti terutamanya susu kurma.

Selain itu, Azmi berkata, syarikat juga memperuntukkan RM45 juta untuk membeli ladang di Australia dan melaburkan RM25 juta untuk penambahbaikan ladang di Muadzam, Pahang.

“Pada 2019, kami juga melakukan penambahbaikan baka di Australia sebagai satu langkah untuk mendapatkan baka yang baik.

“Kami juga turut menerima permintaan dari beberapa negara untuk mendapatkan rangkaian produk kami iaitu Filipina, Timur Tengah dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkeyakinan, dengan adanya 300 pekerja, Farm Fresh akan terus berkembang maju dan menjadi pengeluar susu terbesar pada masa akan datang.

Sementara itu, Farm Fresh juga merupakan penaja utama Program Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik 2018 anjuran bersama  dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilancarkan bulan lalu. – MalaysiaGazette