KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin hari ini menafikan kewujudan satu akaun Facebook menggunakan nama ‘Amin Senin’ yang kini tular di FB Messenger adalah miliknya.

Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata akaun itu adalah palsu tidak pernah membuka akaun sedemikian.

“Mesej yang dimuat naik itu menyebut saya akan memberikan geran AS$150,000 bagi membantu orang tua, pencen pekerja dan individu tidak bekerja, remaja, orang kurang upaya, pembayaran bil, pembelian rumah, permulaan perniagaan, pembiayaan persekolahan dan bantuan membesarkan anak-anak.

“Mesej itu juga tidak benar sama sekali,” katanya.

Justeru, Amin tidak mahu netizen terpedaya dengan mesej tersebut dan menyebarkannya.- MalaysiaGazette