HOUSTON – Florida dan empat negeri lain mencatatkan kenaikan harian bagi kes Covid-19, menunjukkan penyebaran koronavirus yang semakin buruk di beberapa bahagian di selatan dan barat Amerika Syarikat (AS), mendorong rancangan melonggarkan sekatan pergerakan dihentikan.

Jumlah kes virus AS yang disahkan meningkat kepada lebih daripada 2.5 juta pada hari Sabtu, menurut laporan Reuters.
Lebih daripada 125,000 orang penduduk AS telah meninggal dunia akibat Covid-19, penyakit yang disebabkan oleh virus, jumlah kematian tertinggi di dunia.

Pada hari Sabtu, Florida melaporkan sebanyak 9,585 jangkitan baharu dalam 24 jam terakhir, satu rekod untuk hari kedua, sementara Arizona mencatatkan 3,591 kes baru Covid-19.

Nevada mendedahkan sebanyak 1,099 kes, menggandakan rekod sebelumnya, sementara South Carolina dan Georgia masing-masing melaporkan 1,604 dan 1,990 jangkitan, juga kenaikan baharu.

Lonjakan kes paling banyak terjadi di negeri di bahagian selatan dan barat yang dibuka kembali lebih awal dan lebih agresif.

Jumaat lalu, AS merekodkan kenaikan tertinggi dalam kes jangkitan Covid-19, kata Dr Anthony Fauci, seorang pakar wabak.

Katanya, strategi kerajaan untuk mengesan dan mengasingkan rakyatnya yang dijangkiti tidak menjadi disebabkan rancangan kelonggaran sekatan pergerakan semula. – MalaysiaGazette