Gadis bawah umur (kanan) diberi dadah, dirogol sehingga mati dan dicampak di hadapan hospital Lawrence.

AMERIKA SYARIKAT – Seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun telah diberi dadah kokain dan dirogol oleh lelaki berusia 47 tahun.

Suspek kemudian mencampak mayat gadis malang itu di hadapan hospital dan mengejutkan orang awam.

Insiden penuh menyayat hati itu berlaku pada 20 Mei lalu.

Suspek Carlos Rivera dihadapkan menghadapi pertuduhan di mahkamah Lawrence Massachusetts kelmarin.

Tertuduh didakwa mengedarkan dadah, merogol gadis bawah umur dan membunuh mangsa Chloe Ricard.

Mayat mangsa ditinggalkan di Hospital Besar Lawrence oleh suspek dan mangsa disahkan meninggal dunia selepas rawatan kecemasan,’ kata pihak berkuasa.

Rivera ditahan polis lima hari selepas kejadian apabila jiran dan ahli keluarga membuat laporan polis menuntut keadilan untuk pembunuhann anak perempuannya.

Bapa tiri Ricard, Brian Dolan berkata saya masih belum keluar dari kejutan selepas anak saya dicampak seperti sampah di hadapan hospital oleh suspek bersifat binatang itu.

“Dia harus dihukum setimpal atas perbuatan bersifat binatang itu,” keluhnya sambil menahan sebak.

Ibu bapa mangsa telah hadir ke mahkamah semasa suspek dituduh atas kesalahan merogol dan membunuh gadis tersebut.

Ibu mangsa yang kelihatan sedih sepanjang pendengaran kes membidas suspek yang tidak berperikemanusiaan berlaku kejam ke atas anak perempuannya.

Bukti awal DNA telah diperolehi semasa ujian autopsi ke atas suspek Rivera untuk mensabitkan dalam kes rolgol dan pembunuhan itu namun pihak berkuasa masih belum mendedahkan punca kematian mangsa.

Pendakwaraya memfailkan rayuan penahanan reman suspek kes bunuh itu selepas sebutan kes.

Bagaimanapun Rivera tidak dibenarkan jamin oleh hakim sehingga dia perlu dihadapkan ke mahkamah pada 2 Julai ini.- MalaysiaGazette