Home Ekonomi Geely bantu vendor tembusi pasaran global

Geely bantu vendor tembusi pasaran global

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penganalisis Auto, Hezeri Samsuri, menyuarakan keyakinan beliau bahawa Zhejiang Geely Holdings mampu membantu vendor Proton menembusi pasaran global, dengan membekalkan komponen auto untuk kereta seperti Volvo dan Mercedes. yang kini berada di bawah kumpulan auto China itu.

Beliau berkata, ini boleh dilakukan memandangkan Geely, yang membeli 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat pembuat kereta nasional, Proton pada tahun lepas, baru-baru ini membeli 10 peratus kepentingan dalam kumpulan auto Jerman, Daimler, yang membuat kereta Mercedes Benz serta pembuat kereta Sweden, Volvo, pada 2010.

Oleh itu, pengeluar kereta nasional bersama Geely, sebagai rakan kongsi strategik asing, kini menjadi sebahagian daripada kumpulan berpotensi yang lumayan dan berteknologi tinggi yang terdiri daripada jenama antarabangsa seperti Daimler, Mercedes Benz, kereta dan trak Volvo, Lotus, serta London Taxi Cabs.

Ini juga bermakna vendor komponen auto tidak hanya perlu memberi tumpuan kepada membekalkan kilang di Tanjung Malim, bahkan berusaha untuk menembusi dan membekalkannya kepada jenama global di bawah kumpulan itu pada masa akan datang, kata Hezeri dalam temu bual baru-baru ini.

Vendor tempatan perlu melihat ini sebagai peluang keemasan dengan menembusi sistem vendor Geely dan bersaing dalam membekalkan komponen kepada pelbagai jenama global yang lain seperti Volvo dan Mercedes, katanya dalam satu kenyataan yang mengandungi petikan wawancara bersama Bernama.

Bagi memenuhi kapasiti pengeluaran sasaran sebanyak 400,000 kereta dalam tempoh 10 tahun akan datang, vendor auto perlu menaik taraf kemudahan mereka, daripada pusat jualan semata-mata kepada menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan yang komprehensif.

Cadangan kepada pengedar kereta supaya menaik taraf pusat perkhidmatan kepada 3S dan 4S, juga akan mewujudkan infrastruktur untuk membekalkan komponen auto pada harga yang kompetitif, katanya, sambil menambah hanya terdapat sedikit sahaja pusat perkhidmatan 1sd di dunia.

Hezeri juga berkata, pengedar tidak akan mengalami keuntungan jika hanya menjual kereta, kerana menerusi perkhidmatan selepas jualan dan servis dalam pakej keseluruhan, mereka akan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

“”Keupayaan auto Geely mampu membantu vendor tempatan mencapai standard kualiti global, keperluan yang sangat diperlukan untuk meningkatkan keyakinan pelanggan.

“Saya yakin Geely cukup bijak untuk membantu vendor tempatan mencapai standard kualiti yang diharapkan dan pada masa yang sama membolehkan vendor meraih keuntungan,” katanya.

Beliau memberi contoh di Jepun, di mana vendor disokong untuk mencapai kualiti mutu tertentu yang akan membolehkan mereka meraih keuntungan.

Penembusan pasaran global Geely merupakan petunjuk jelas keupayaan mereka dalam industri automotif global, kata Hezeri.

Menerusi ekuiti di firma auto besar seperti Daimler dan Volvo juga merupakan bukti jelas bahawa perkongsian syarikat kereta China dengan Proton, bukan retorik semata-mata.

“Siapalah kita untuk mempersoalkan syarikat (Geerly) yang membeli pembuat kereta Volvo Sweden, membeli saham dalam Mercedes Benz, dan LEVC, pembuat teksi hitam di London, disebabkan kepentingan strategik mereka, juga mempunyai keyakinan yang sama ke atas Proton.

“Ini dapat mengukuhkan Geely sebagai sebuah kumpulan automobil bercita-cita tinggi, profesional dan global dengan wawasan, memperoleh Proton atas keyakinan kukuh terhadap potensi pengeluar kereta nasional dalam menjana keuntungan pada masa akan datang,” katanya.

Prasyarat penting untuk Proton mencapai kapasiti pengeluaran 400,000 atau satu juta unit ialah ia memerlukan pasaran, yang dalam prosesnya, membolehkan vendor untuk mencapai skala ekonomi untuk komponen auto mereka.

Walaupun sebuah syarikat yang agak baru, Geely bukan pendatang baharu jika mengambil kira pengalaman pemasaran dan idea-idea baharu.

Jelas, ia sangat aggresfi dalam industri automotif global sehingga Volvo dan Daimler AG juga terkejut.

Geely mengetahui secara tepat apa yang dilakukannya, itulah sebabnya vendor, jurujual, dan operator pusat perkhidmatan Bumiputera harus sedar akan persaingan sengit dalam industri automotif global.

Oleh itu mereka perlu menaik taraf ke pusat perkhidmatan kepada 3S dan 4S supaya mendapat manfaat daripada usaha Geely dalam mewujudkan infrastruktur untuk membekalkan komponen auto berharga kompetitif, kata Hezeri. – MalaysiaGazette