KUALA LUMPUR – Dua kawasan di Kelantan iaitu Jeli dan Gua Musang dan Temerloh, Pahang. berada pada Tahap 2 (gelombang haba).

Jabatan Meteorologi berkata, tahap gelombang haba apabila suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

May be an image of ‎map and ‎text that says "‎مه TMalaysia Status Cuaca Panas Sabah & Sarawak Pada 03/04/2024 JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM Tuaran Tenom Limbang Mukah Nota: Rekod bacaan suhu maksimum telah dikemaskini pada 4.30 Petang, 03/04/2024 Kriteria Cuaca Panas: maksimum harian kurang daripada 5°C. aksimum hingga 37°C sekurang-kurangnya hari berturut-turut. HABA 7Ching 40°C sekurang-kurangnya hari berturut-turut. melebihi sekurang-kurangnya hariberturut-turut‎"‎‎

Selain itu, terdapat 20 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Perlis, (Padang Terap dan Baling) Kedah, (Kulu Perak dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong) Pahang, ( Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu.

Terdapat dua kawasan di Sarawak dan Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Mukah dan Limbang serta Tuaran dan Tenom.

Tahap berjaga-jaga apabila shu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. – MalaysiaGazette