Pemeriksaan ketat di pintu masuk Makkah. Foto Saudi Gazette

MAKKAH – Arab Saudi mengenakan larangan masuk ke Makkah bagi ekspatriat tanpa permit berkuat kuasa pada Khamis.

Jurucakap Keselamatan Awam Jeneral, Sami Al-Shuwairekh berkata, larangan ini selaras dengan pelaksanaan arahan berhubung kawal selia ibadah haji tahun ini.

“Mengikut arahan ini, hanya ekspatriat yang mendapat permit masuk ke Makkah akan dibenarkan masuk ke kota suci itu mulai Khamis, 25 Syawal bersamaan 26 Mei 2022.

Mereka boleh mendapatkan permit daripada pusat kawalan keselamatan di pintu masuk ke Makkah,” katanya.

Susulan larangan itu, semua kenderaan dan penduduk yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan akan diarah berpatah balik.

Dokumen termasuk permit masuk untuk bekerja di tapak suci yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa, permit kediaman yang dikeluarkan dari Makkah, permit umrah dan haji. – MalaysiaGazette