abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

IPOH – Hasil bedah siasat bagi mencari punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim mungkin mengambil masa sehingga sebulan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, laporan patologi pada kebiasaannya akan menyenaraikan punca-punca sesuatu kematian.

Namun begitu, siasatan terperinci masih perlu dilakukan.

“Biasanya perlu diadakan ujian darah dan ujian tersebut mungkin memerlukan masa sehingga sebelum sebelum maklumat mengenai jenis kecederaan yang dialami oleh beliau diketahui,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelas Dr. Boon Chye, pakar patologi biasanya mengetahui (punca kematian) melalui kecederaan dalaman tersebut dan sekiranya perlu ujian darah perlu dilakukan bagi mendapatkan kepastian mengenai kecederaan dalaman tersebut.

Tambahnya, sekiranya pakar patologi mendapati hasil bedah siasat itu sudah mencukupi untuk menentukan sebab kematian, mereka mungkin tidak perlu lagi menunggu keputusan ujian darah.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia pada 17 Disember lalu selepas 21 hari bertarung nyawa akibat kecederaan kritikal apabila menjadi mangsa serangan dalam insiden rusuhan di Kuil Mariamman dekat Seafields, Selangor. – MalaysiaGazette