Ahli keluarga dan orang ramai mengaminkan talkin dan doa yang dibaca oleh imam ketika pengkebumian Tokoh Agama, Tan Sri Hassan Azhari di Makam Diraja Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

SHAH ALAM – Tokoh guru al-Quran, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari Fathma selamat dikebumikan di Makam Diraja Selangor di sini selesai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada orang kenamaan, saudara-mara dan mereka yang mengenali Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Solat jenazah bermula pada pukul 9 pagi yang diimamkan oleh  anak Allahyarham iaitu Dr Abdul Rauf Hassan.

MGF07102018_ALLAHYARHAMTANSRIHASSAN_08
Ahli keluarga serta rakan kenalan mengusung jenazah Tokoh Agama, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari untuk dikebumikan di Makan Diraja Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Besar, Amiruddin Shaari; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Allahyarham meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat.

Allahyarham Hassan, 90, dikenali sebagai pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an.

MGF07102018_ALLAHYARHAMTANSRIHASSAN_04
Anak Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, Prof Madya Dr. Abdul Rauf Hassan mengimamkan solat jenazah arwah bapanya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Beliau dikurniakan 22 anak hasil daripada tiga perkahwinan. – MalaysiaGazette