Surat arahan Hun Sen supaya lesen VOD dibatalkan. foto Twitter

PHNOM PENH – Media bebas di Kemboja – Voice of Democracy atau VOD menjadi media terakhir ditutup oleh Perdana Menteri Hun Sen telah sebelum pilihan raya negara ini.

VOD telah menerbitkan satu berita minggu lalu yang dipercayai telah menjejaskan reputasi kerajaannya.

Dalam hantaran di Facebook, Hun Sen menegaskan enggan menerima permohonan maaf media tersebut dan pembatalan lesennya berkuat kuasa hari ini.

Peguam VOD berkata, kehilangan media itu satu tamparan besar kepada akhbar tersebut.

Pengarang di organisasi berita itu mengesahkan kepada BBC bahawa polis telah tiba di pejabat mereka Phnom Penh untuk membatalkan lesen syarikat itu.

Akses kepada berita lepas di laman Khmer dan Inggeris VOD juga telah disekat.

Semalam, Hun Sen berkata, beliau telah menutup VOD selepas ia menyiarkan berita mengenai respons bantuan Kemboja terhadap gempa bumi Turki.

Laporan 9 Februari berkata, pakej bantuan bernilai AS$100,000 (£83,000) telah ditandatangani oleh anak sulungnya, Hun Manet.

Hun Manet ialah timbalan ketua komander tentera Kemboja, tetapi pakej bantuan asing hanya boleh ditandatangani oleh perdana menteri.

Lantaran itu Hun Sen mendakwa laporan sedemikian telah merosakkan reputasi kerajaannya dan menuntut permohonan maaf. – Agensi