Zlatan Ibrahimovic

MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho kembali memperkatakan mengenai masa depan Zlatan Ibrahimovic dengan membayangkan bahawa pintu masih terbuka untk penyerang prolifik itu kembali ke Old Trafford.

Mourinho berkata, pemain antarabangsa Sweden itu berpeluang menandatangani kontrak jangka pendek di Manchester United.

Jelas pengendali Portugal itu, sekiranya Ibrahimovic mampu kembali ke tahap kecergasan terbaik menjelang akhir tahun ini, dia mungkin ditawarkan kontrak baru.

“Mungkin dia bersama kami kerana tidak mempunyai kontrak lagi tetapi dia lebih dekat dengan Manchester.

“Jika kami berada di sini untuk bermain Piala Super, ia adalah kelebihan untuk dirinya juga,” katanya. – MalaysiaGazette