Wee Ka Siong ketika mengadakan pertemuan secara maya dengan pemain-pemain industri institut memandu dan bas ekspres.

 

KUALA LUMPUR – Cadangan mengenai operasi Institut Memandu (IM) dan perkhidmatan bas ekspres akan dibincangkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencari jalan penyelesaian.

IM masih belum dibenarkan beroperasi dan perkhidmatan bas ekspres tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berharap semua pihak dapat bersabar sedikit masa lagi.

Katanya, kementerian itu akan membuat pengumuman berkaitan perkara ini selepas mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan dialog secara maya bersama pemain-pemain industri tersebut hari ini. – MalaysiaGazette