Dua kakitangan melakukan pembersihan di kawasan tumpuan orang ramai dalam usaha mengekang penularan koronavirus. foto Agensi

ROM – Jumlah kematian akibat koronavirus di Itali terus melonjak sebanyak 627 orang kepada 4,032 kes – kenaikan sebanyak 18.4%.

Ia adalah angka kematian tertinggi yang direkodkan sejak wabak itu menular di negara ini sebulan lalu.

Malah, Itali juga merekodkan kematian tertinggi berbanding China.

Keseluruhannya, jumlah kes koronavirus di Itali meningkat kepada 47,021 kes berbanding 41, 035, pertambahan 14.6%, menurut Agensi Perlindungan Awam.

Institut Kesihatan Kebangsaan (ISS) pula berkata, purata umur kematian adalah 78.5 dan mangsa paling berusia 31 dan paling tua 103 tahun.

Sebanyak 41% individu yang meninggal dunia berusia antara 80 hingga 89 tahun dan 35% pula berusia 70 hingga 79 tahun.

Itali mempunyai penduduk tertua di dunia selepas Jepun, dengan kira-kira 23% orang yang berumur 65 tahun ke atas.

Pakar-pakar perubatan mengatakan demografi ini dapat menjelaskan mengapa angka kematian di sini jauh lebih tinggi daripada di mana-mana sahaja di dunia.

Menurut Laporan ISS, berdasarkan kaji selidik 3,200 orang mati, kaum n lelaki menyumbang 70.6% daripada kematian dan wanita 29.4%.

Umur median untuk wanita yang meninggal adalah 82 berbanding 79 untuk lelaki. – MalaysiaGazette