Datuk Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Adib, 27, berkongsi beberapa foto majlis pertunangan Izara Aishah yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
KUALA LUMPURPelakon Izara Aishah dan Adib Khalid mengikat tali pertunangan pada petang Jumaat lalu.Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Adib, 27, menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.Ibu kepada Adib, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham bersama beberapa lagi rombongan pihak lelaki turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Keluarga Adib dikatakan terlebih dahulu merisik Izara, 25, sebelum melangsungkan majlis pertunangan.

Pasangan berkenaan memilih 17 November depan sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami-isteri.

Izara kelihatan anggun dengan persalinan berwarna kuning kelihatan ceria pada hari bahagianya itu manakala rombongan pihak lelaki sedondon dengan pakaian berwarna coklat.

Adib merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios. – MalaysiaGazette