Keadaan jalan yang tidak berturap dianggarkan kira-kira 5 kilometer yang digunakan setiap hari oleh penduduk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Kauluan, Kundasang, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meluahkan rasa kecewa dengan kualti keadaan jalan raya di Sabah yang seperti permukaan bulan.

“Kesesakan di sepanjang Jalan Persekutuan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupid dan Sandakan sudah berkali-kali disuarakan di Dewan yang mulia ini. Tambahan pula, jalan raya tersebut juga mengalami banyak kerosakan.

“Jalan berlubang-lubang dan sehingga pada suatu ketika di Jalan Tuaran, lebih daripada lima kereta tersadai di tepi jalan pada suatu masa kerana tayar pecah dan rim bengkok.

“Tuan Pengerusi, sekiranya ada yang ingin menjadi angkasawan hari ini, jangan risau. Semuanya kini menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu datang sendiri dan memandu kereta di Sabah,” katanya.

Pada masa sama, beliau bertanyakan langkah yang diambil untuk memastikan agar jalan raya persekutuan khususnya yang memiliki daya tahan yang tinggi. – MalaysiaGazette