Datuk Jamal Abdillah. foto AFIQ RAZALI, 01 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata kelima yang mana anak keempatnya baru berusia sembilan bulan.

Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, kandungan isterinya, Datin Zai Izzati kini sudah berusia 12 minggu.

Jamal berkata, kehadiran seorang lagi ahli keluarga sebagai rezeki sekalipun pada usianya sudah mencecah 62 tahun.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” katanya dalam satu rakaman video di sini hari ini.

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Issac Yamani juga diputerakan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 11.11.2020.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani,14, menerusi perkahwinan terdahulu.

Nur Azura merupakan anak perempuan tunggal Jamal. – MalaysiaGazette