Polemik pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular masih berterusan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 98.29 peratus sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) di Semenanjung tidak bersetuju dengan pengajaran mengenai pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu darjah empat.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim berkata, daripada kajian yang dijalankan di Semenanjung, hanya terdapat 17 sekolah bersetuju dengan pelaksanaannya.

“Kebanyakan SRJKC berskala besar tidak bersetuju, hanya sekolah kecil dan sekolah yang mempunyai majoriti murid bukan Cina bersetuju.

“Dalam sekolah-sekolah ini, ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) bersetuju dengan pelaksanaannya,” kata Tai Kim kepada Sinchew Daily.

Mengenai data di Sabah dan Sarawak, Tai Kim berkata, maklumatnya masih dikumpulkan dan data yang lengkap akan diumumkan.

Tai Kim menegaskan bahawa Dong Zong tidak menolak pengajaran tulisan Jawi dan menyokong kaligrafi pelbagai kaum diperkenalkan dalam buku teks.

“Selama ini, kami memang bersetuju dan menyokong perkara ini,” katanya.

Kajian Dong Zong terdahulu pada tahun lalu menunjukkan daripada 1,298 SRJKC di seluruh negara, sebanyak 1,275 tidak bersetuju dengan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu.

Dalam kajian itu, hanya 23 SRJKC yang bersetuju dengan pelaksanaannya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tanah Besar China dan India ada tetapi buat menyempit jer di negara kecil ini sedangkan Jawi adalah warisan khazanah Melayu. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas PBB tak boleh diharap..

  2. betul tu, kemudian duduk sini menyusahkan orang.. semua taknak.. nak ikut telunjuk dia sahaja..
    ni golongan hanjing namanya

  3. tak setuju tutup jer sekolah rasis ni…tak membantu eratkan hubungan kaum antara budak sekolah…termasuk mak bapak..

Comments are closed.