Phil Jones dijangka kembali beraksi menentang Everton pada hujung minggu ini.

MANCHESTER UNITED – Jose Mourinho membayangkan Phil Jones dan Eric Bailly akan diturunkan menentang Everton pada hujung minggu ini sambil mendedahkan pemilihan pemain bukanlah sesuatu yang mudah.

“Jika anda mahu saya membuat jangkaan hujung minggu depan, saya mungkin memainkan Bailly dan Jones kerana Rabu lalu mereka tidak bermain.

“Mereka masih cergas tetapi dua hari selepas itu kami mempunyai perlawanan Piala Liga, jadi Victor (Lindoef) dan (Chris) Smalling akan bergandingan lagi.

“Jadi apa yang saya mahukan adalah untuk mempunyai pemain yang sentiasa bersedia dan kadangkala mereka tidak bermain, tetapi bagi saya sebagai pengurus, mereka tetap penting,” katanya kepada MUTV.

Pengendali kelahiran Portugal itu menambah, Ashley Young tidak berada di bangku simpanan dalam perlawanan terakhir dan pemain itu memulakan perlawanan dan bermain 90 minit dalam Liga Juara-Juara.

Jelasnya, perlawanan seterusnya boleh mengejutkan lagi dengan beberapa pemain yang anda fikir akan bermain tidak akan bermain. – MalaysiaGazette