Ismail Sabri Yaakob Aidilfitri aid financial assistance civil servants vaccination
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa pegawai khasnya iaitu Dr Kamarul Zaman Yusoff memiliki pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menyandang jawatan itu.

Beliau berkata pihaknya percaya penganalisis politik itu mampu melaksanakan tugasan dengan baik.

“Dia seorang yang berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang yang kita beri… Saya percaya dia boleh laksanakan tugas sebagai pegawai khas dalam soal dasar.

“Saya pun pilih orang yang saya fikir layak, jadi kalau parti lain memikirkan tidak layak, tidak bermakna (saya) perlu ikut apa yang disebut parti-parti lain, kita telah buat penilaian,” katanya.

Beliau mengulas pelantikan Kamarul Zaman sebagai pegawai khasnya ketika ditemui pemberita selepas meraikan Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri di Terengganu Equestrian Resort di sini hari ini.

Beberapa portal hari ini membangkitkan isu mengenai pelantikan pensyarah kanan di Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri walaupun beliau telah memegang jawatan tersebut sejak Disember tahun lepas. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Dr Kamarul Zaman sahkan dilantik pegawai khas PM