Kanak-kanak autisme ditemui selepas hilang enam jam di Penampang.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dipercayai autisme yang hilang di Kampung Sugud, Penampang, Sabah jam 4 petang semalam ditemhuiu malam tadi.

Difahamkan, kanak-kanak itu, Avelyn Alesha Jude ditemui di kawasan hutan pada jam 10.20 malam, kira-kira lima kilometer dari rumahnya oleh penduduk kampung. 

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Ishak Amran berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

“Mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari rumah keluarganya di kawasan hutan oleh tiga remaja sebelum memaklumkan kepada pasukan keselamatan,” katanya kepada media.

Orang kampung melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas kanak-kanak itu dipercayai hilang.

Ketika ini, Avelyn sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth. – MalaysiaGazette