Anggota polis paratentera India berkawal di Pampore, Kashmir.

SRINAGAR, India – Seramai empat orang anggota tentera dan seorang orang awam terbunuh dalam pertempuran di Kashmir, kata seorang pegawai polis ketika India melancarkan pemburuan suspek anggota kumpulan militan Islam yang telah membunuh 44 polis para tentera India pada minggu lalu.

Seorang jurucakap polis di Jammu & Kashnmir berkata, tentera India telah mengepung kampung Pinglan di daerah Pulwama , Kashmir di mana pengembom berani mati merempuh konvoi polis paratentera pada Khamis lalu.

Seorang lagi pegawai polis negeri yang tidak mahu dikenali kerana operasi masih belum tamat berkata, maklumat yang diterima mengenai kehadiran sehingga tiga militan dari kumpulan Jaish-e-Mohammad yang berpangkalan di Pakistan berada dalam sebuah rumah di kampung tersebut, termasuk warga asing.

Pegawai polis kedua itu berkata, seramai empat anggota tentera dan seorang orang awam terbunuh dalam pertempuran tersebut.

“Terdapat tembakan pada awal pagi ini yang mencederakan anggota tentera dan pemilik rumah itu. Mereka kemudiannya mati,” kata pegawai itu.

Perintah berkurang telah dikuatkuasakan di Pulwama dan polis meminta orang ramai berada dalam bangunan.

Wartawan di Pulwama, Mohammad Yunis berkata, anggota tentera menggeledah kampung dan penduduk kampung yang terperangkap dibawa keluar.

Pakistan menafikan sebarang kaitan dengan serangan ke atas konvoi polis simpanan pada minggu lalu.

Kashmir, wilayah majoriti Muslim, dituntut keseluruhannya oleh India dan Pakistan namun sebahagiannya diperintah oleh kedua-dua negara Asia Selatan itu.

Tentera India telah menahan 23 lelaki yang disyaki mempunyai hubungan dengan Jaish yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan maut ke atas anggota keselamatan India dalam beberapa dekad. – Agensi