Gambar hiasan

PENDIDIKAN awal kanak-kanak merupakan cabaran terbesar kepada ibu bapa. Pelbagai faktor menjadi pertimbangan sebelum menghantar anak-anak ke sesebuah pusat asuhan awal kanak-
kanak seperti lokasi, sukatan pendidikan, yuran dan latar belakang pusat asuhan. Cadangan oleh kerajaan untuk membuka tadika Kemas M40 mendapat reaksi pelbagai. Ada yang
menyokong tak kurang yang membantah. Kerisauan pihak yang membantah ada asasnya.

Paling utama tidak mahu jurang pendidikan anak-anak semakin meluas antara golongan yang berkemampuan dan kurang berkemampuan. Bagi berlaku adil saya cuba melihat kembali
ucapan menteri dalam isu ini. Pertama dalam youtube pada 1 Julai 2020 adalah ucapan menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Buletin TV3 (https://www.youtube.com/watch?v=Wi0dJCN1kCU) sewaktu lawatan ke KEMAS Putrajaya
yang berbunyi “Kita buat private wing la maknanya mereka yang tak layak cohort ni kita hanya B40 tapi kalau M40 dia memerlukan anak dia perlu dijaga jugakan kalau dia hantar
katakanlah private punya tu RM500-RM600 tapi kalau kita rendahkan sikit jadi affordable kepada golongan M40 saya ingat kita tengok demand dulu”. Terkini adalah pada 2 Oktober
2020 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/737447/kemas-jamin-tiada-pilih-kasih-jika-tabika-untuk-m40-ditubuhkan & https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-wujud-pilih-kasih-di-semua-tabika-kemas-261798).

Jika diteliti hasrat awal kerajaan adalah untuk membuka Kemas kepada golongan M40 kerana pencapaian Kemas yang baik menarik minat ibubapa M40 untuk menghantar anak-anak mereka namun tidak boleh kerana pendapatan yang lebih. Tidak timbul isu sukatan pendidikan yang berbeza antara Kemas Elit  dan Kemas sedia ada. Kemudian timbul cadangan tabika elit (Bernama, 29 Sep 2020) yang dicadangkan modul pengajaran dan pembelajaran lebih baik, fasiliti serta taraf pendidikan tenaga pengajar lebih baik.

Pertama, maka adakah anak-anak Kemas tidak layak mempunyai semua yang ‘lebih baik’ yang kerajaan sebenarnya mampu
sediakan seperti rakan-rakan mereka perolehi di Kemas Elit? Kedua, kepada guru-guru yang mengajar. Adakah guru-guru di KEMAS tidak setanding guru-guru di Kemas Elit. Ketiga, pemisahan kanak-kanak daripada peringkat awal mengikut tahap pendapatan ibu bapa hanya akan melebarkan jurang perpaduan antara kanak-kanak.

Cadangan saya adalah kerajaan hanya menambah baik sukatan dan fasiliti serta bilangan Kemas dan menaikkan yuran berdasarkan tangga gaji ibubapa/ penjaga tanpa perlu mewujudkan Kemas elit. Sebagai contoh, Tunas Permata UKM yang menetapkan yuran kanak-kanak berbeza mengikut pendapatan ibubapa/penjaga. Jika ada desakan oleh ibubapa M40 untuk mempunyai sesuatu ‘lebih baik’ kerana membayar yuran yang lebih maka elok disoal semula.

Bukankah memilih Kemas kerana sukatannya yang telah terbukti baik. Sebaiknya sebelum sesuatu dasar dilaksanakan kembali merenung falsafah dan objektif penubuhan Kemas.

Mohammad Ikhwan Ismail
Bapa M40 & Alumni KEMAS Kg Ulu Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.