Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Semua jabatan dan agensi kerajaan negeri diseru bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan  pembangunan Johor.

Seruan itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya segala perancangan dapat diterjemahkan megikut jadual,  sekali gus membolehkan limpahan pembangunan dapat dinikmati.

Terdahulu, beliau hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Johor di Kota Iskandar.

Onn Hafiz berkata, pelbagai aspek disentuh dalam mesyuarat berkenaan antaranya pembangunan di setiap daerah, pembinaan kawasan perindustrian lebih berpusat, naik taraf jaringan kereta api dan jalan raya, rumah mampu milik serta taman-taman negara Johor.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaan atas penganjuran Forum Bandar Pintar Johor (JSCF) 2023 pada Jun lalu.

“Saya difahamkan seramai 10,007 orang telah hadir dengan penyertaan seramai 75 pempamer, 81 ahli panel, 21 moderator dan 26 sesi forum. Ianya satu petanda positif dalam memberikan pendedahan kepada orang awam tentang kesediaan Johor untuk beralih kepada Bandar Pintar,” katanya