Pemandangan dari kawasan keretapi tergelincir di Sibley, Iowa. foto Reuters

IOWA – Sebuah kereta api Union Pacific yang mengangkut bahan berbahaya tergelincir dan kemudian terbakar di bandar Sibley, di sini.

Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh penduduk terpaksa dipindahkan.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kematian berlaku.

Stesen radio KIWA yang memetik Ken Huls, Ketua Bomba di Sibley sebagai berkata, kereta api itu membawa baja dan amonium.

Insiden itu melibatkan 47 kereta api, berlaku pada sebelah petang di Sibley, kata Union Pacific, sambil menambah punca kejadian sedang dalam siasatan.

“Penduduk di kawasan kira-kira 8 kilometer radius di sekitar lokasi kejadian keretapi tergelincir telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor ABC News. – MalaysiaGazette