Wakil daripada Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (dua kiiri) menyampaikan 40 kotak produk keluaran mereka kepada Malaysia Gazette di Adabi Consumer Industries, Rawang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MEI 2021.

RAWANG – Demi tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat (CSR), Adabi Consumer Industries Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan MalaysiaGazette (MG).

Kerjasama dijalinkan untuk menjayakan MG Prihatin untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd menyampaikan 40 kotak produk keluaran mereka kepada Malaysia Gazette di Adabi Consumer Industries, Rawang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MEI 2021.

Adabi berbesar hati menyumbangkan sebanyak 40 kotak  produk keluaran mereka bernilai RM3,000 untuk diberikan kepada golongan sasaran kelak.

Seperti tahun-tahun  lalu, sasaran komuniti MG Prihatin adalah golongan B40 bandar yang memerlukan bantuan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

MalaysiaGazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai MG Prihatin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 8842 . – MalaysiaGazette