PARIS – Kesatuan-kesatuan sekerha CGT mengundi untuk menghentikan pengeluaran di kilang penapisan Total Grandpuits kerana protes berhubung pelan pembaharuan skim pencen.

“Keputusan telah dibuat untuk menghentikan operasi meskipun dengan majoriti yang sedikit,” katanya.

Pemberhentian pengeluaran di kilang penapisan minyak Lavera PetroIneos yang menghasilkan 210,000 tong sehari itu bermula pada hari Ahad ini.

Sementara itu, Kementerian Tenaga dan Alam Sekita Perancis berkata, setakat ini bekalan petrol di stesen-stesen minyak masih mencukupi.

Katanya, semua kilang penapisan di Perancis masih beroperasi meskipun protes dijalankan.

“Semua kilang penapisan Perancis masih menghasilkan pengeluaran dengan enam daripada tujuh penghantaran masih lagi berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette